Thursday, May 30, 2013

Itu dia.. Perempuan tu...

Perempuan..
Kalau dia disunyikan, jangan lah ada seorang pun yang datang buat dia hilang rasa sunyi dan selalu amik berat pasal dia.
Malam itu sunyi. Seringkali dia merasakan seperti itu. Dia pinginkan sesuatu. Ya dia pinginkan sesuatu. Tapi entah, tidak pasti.. Dalam kesunyian nya, datang seseorang, menghapuskan rasa itu.
Sakit, sungguh sakit Ya Allah.. Sakit apabila dia sedar yang datang itu bukan insan yang dipinginnya.
Hati ingin setia, tapi bagaimana? Bagaimana kalau insan yang dipinginnya, tidak cuba untuk menghapuskan rasa itu.
Ha, itulah perempuan. Tidak punya naluri bersyukur. Sudah ada yang satu, masih inginkan yang lain.
*Haaaaaaa aku juga inginkan!*
Jangan kau main dengan perasaannya. Jangan bermain dengan api. Bahaya.
Ya Allah.. Dia perempuan.. Cuma ingin dimengerti. Tidak banyak, cuma sedikit. Cukup untuk dia teruskan hidup dengan senyuman yang paling indah.
Bukan dia minta insan itu berkepit dengannya setiap masa. Tapi sedikit waktu, ruang untuknya. Meluahkan, merasakan seperti diri dia masih disayangi oleh insan yang dipinginnya.
Insan itu mudah berubah. Manusia mudah berubah. Perempuan juga begitu. Perempuan juga manusia biasa.
Sedaya upaya nya cuba untuk setia agar satu hari nanti ada balasan yang baik untuk dirinya. Tapi dia juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apa kau tahu? Tidak.
Memberontak. Teruskan, teruskan. Tiada perempuan yang sempurna. Ngerti?
Apa layak seorang lelaki untuk menakluk hati perempuan itu? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Tu dia.. Perempuan tu. Dia lemah. Dia cepat terasa. Dia sunyi.
Bukan dia tak pernah cuba untuk memahami cuma kadangkala dia ingin difahami.
Mana hak nya? Mana keadilan untuk dia? Dia juga manusia. Dia seorang perempuan..
Kau siapa?! Apa hadirnya engkau untuk mengubah dan mengaturkan hidupnya?
Biarkan perempuan itu!
Biarkan dia bebas dengan sayapnya!
Dia punya hati, jangan engkau paksa hatinya! Jangan engkau dera hatinya! Sesungguhnya hati itu milik Allah.
Hancur. Berderai.
Tapi dia inginkan engkau.. Untuk menjadi pelindung dirinya suatu hari nanti, kelak.
Cuma engkau. Tapi dimanakah engkau yang perempuan itu inginkan?
Kenapa engkau membuat dia rasa seperti tunggul?
Tahukah engkau, berapa ramai yang datang, ingin meminjam hatinya, ingin mencuit hatinya.
Tapi dia cuma inginkan kau.
Bodohnya kau. Ha yelah, kau. Siapa lagi?
Tiada manusia yang dilahirkan untuk terus menjadi sempurna. Tapi semua manusia dilahirkan untuk berusaha untuk menjadi sempurna. Mana usaha kau? Mana? Mana janji kau? Mana?
Ketidak sempurnaan itulah yang dia perlukan, untuk mengisi ketidak sempurnaan dirinya agar ia menjadi lebih sempurna.
Tapi apakan daya, kesempurnaan itu hanya ada pada yang Esa. Hanya Dia.
Hati perempuan mudah disentuh. Mudah retak. Mudah tersentuh. Mudah, sangat mudah.. Tapi kenapa? Kerana itu lumrah seorang perempuan.
Sedaya mana dia cuba mengeraskan hatinya sekeras kerikil sekalipun, dia cuma seorang perempuan..
Yang akhirnya akan tewas. Bila-bila masa saja. Perempuan mudah tewas.
Perempuan juga sukar untuk melupakan.
Seringkali dia memanjatkan doa pada yang Esa, agar dia menemui kebahagiaan yang didambanya.
Dia masih terus menanti. Cekal sungguh hatinya. Dan dia terus menanti.. Bagaikan ada sesuatu. Tapi entah.. Tak pasti. Menanti bagaikan tiada penghujungnya. Tabah sungguh. Ya, itu perempuan..
Tapi kau perlu tahu, perempuan juga mudah berubah! Perempuan juga punya hati seperti engkau!
Beda nya, dia cukup kuat atau belum cukup untuk berdiri dengan teguhnya.. Ya, bangkitlah engkau wahai perempuan!
Apa lagi yang harus engkau nanti? Sedarlah, kau bisa berpijak di atas kakimu sendiri.
Ya Allah, aku mohon.. Kau kuatkan hati perempuan itu. Dia cuma seorang perempuan. Dosa tak lekang dari dirinya, tapi dia hamba-Mu Ya Allah. Masihkah ada peluang untuk dirinya? Peluang untuk dia meminta keampunan.. Hamba-Mu tiada yang sempurna.
Perempuan mudah jatuh. Dan dengan itu, kau beri dia kekuatan untuk terus bangun apabila jatuh nanti. Dia tidak punya sesiapa. Dia cuma ingin sendiri. Hatinya ingin sendiri. Sekali lagi, dia sendiri...
Jatuh bangunnya, dia sendiri. Mana insan yang disayangi? Mana insan yg sering dipuja disetiap bait kata-katanya?
Akhirnya, dia sendiri dan dia meminta pertolongan-Mu Ya Allah. Sungguh. Sungguh daif hamba-Mu ini..
Pulihkan semangatnya. Kembalikan hidupnya. Cekalkan hatinya. Kerana dia.. adalah dia.
Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada-Mu Ya Allah..
Kerana dia.. Masih tersenyum :)

Friday, May 24, 2013


Assalamualaikum and Alhamdulillah aku masih bernafas dan mampu lagi untuk tersenyum hari ni.
Hari kedua aku menulis dek masa yang terlalu lapang. Untuk mencari kerja diluar tak mudah yang disangka dan Syukur Ya Allah kau masih permudahkan perjalanan buah hati aku disana dan Alhamdulillah, Kau murahkan lah rezeki dia. 
Hari kedua aku menulis blog dan hari kedua juga sweetheart mencari rezeki disana. Mohon yg baik2 saja dan mohon awak setia -_-
So let's start asking myself and answered it by myself too. Hehe. 
Apa je nak buat hari ni? - So my plan today nak keluar tengok movie dengan mak abah akak abang makcik pakcik sepupu sepapat and so on lah kan. We all support you abang hel! #bikerskental yelah family always on your side kan. Hehe. 
So, bila nak kahwin? Hahahah bukan bukan. So tak bosan ke duduk rumah je? - Hmm bosan sangat lagi-lagi bila sweetheart pun dah mula kerja then takda apa nak buat. Sedaya upaya aku untuk cuba duduk kat dapur tapi tu lah apa orang kata antara aku dengan dapur tu tak sebati. Takde keserasian. Hahaha. So my planned bila dah habis belajar ni nak rehat dulu, keluar dengan kawan, lepas rindu dendam selama setahun tu tekau. Hehe and incidentally I have just started to take L license! And I'm super duper excited kot yelah kan sume orang dah ada lesen kemain jauh dah bawak aku baru nak L. Hmph *sigh* 

Wednesday, May 22, 2013

New Chapter Of My Life :)



Alhamdulillah Ya Allah, kau masih beri aku kesempatan untuk menulis sekali lagi. Terima kasih juga sayang sebab awak masih bg kesempatan kat saya untuk menulis. Jangan risau, takde apa yang perlu dirisaukan. Kerana selagi Allah izinkan, hati ini masih untuk awak.
InsyaAllah dengan ada yang baru, penulisan juga baru. Selagi ada pengalaman untuk berkongsi, akan aku kongsi kan.
Ya Allah, kau berilah aku peluang untuk berhijrah. Demi Allah, Keluarga serta diri Dia dan kawan2 tersayang.